Carian  
23 November 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Pelajar Perempuan SMK.Batu Gajah Sertai Program Insan Kamil Pusat Dakwah Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 07 Ogos 2008

RIMG0067.JPG

Antara Pelajar Yang Mengikuti Program

JENUB 07 OGOS 2008 – Seramai 50 orang pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Batu gajah telah mengikuti Program Insan Kamil, yang dianjurkan oleh Pusat Dakwah Parlimen Jeli dekat sini hari ini.

Seperti program-program yang lain yang di anjurkan oleh Pusat Dakwah Parlimen Jeli, ia mempunyai agenda yang sama iaitu memajukan Parlimen Jeli dari aspek ilmu dan keagamaan, perbedaannya Cuma program ini lebih menfokuskan golongan muda atau lebih jelasnya dikalangan pelajar-pelajar sekolah.

Antara intipati program hari ini, para pelajar akan didedahkan dengan perkara-perkara yang menyebabkan dosa-dosa besar, cara-cara mengerjakan solat yang berkualiti, diskusi petang, persiapan diri menghadapi bulan ramadhan, bacaan surah yassin secara intensif dan solat berjemaah.

Program yang bermula sejak jam 3.00 petang tadi dijangka akan berakhir kira-kira jam 9.00 malam nanti selepas sahaja selesai solat isyak berjemaah.Penceramah hari ini ialah Ustaz Haji Norlizan Abdul Rahman yang didatangkan khas dari Tanah Merah, Kelantan untuk memberi tunjuk-ajar serta ceramah agama kepada para pelajar
RIMG0066.JPG

Tekun Mendengar Ceramah dari Ustaz Norlizan

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement