
Antara Yang Hadir Program Pada Terbabit
JENUB 06 OGOS 2008 – Seramai 124 orang di kalangan wanita Parlimen Jeli telah menyertai Program Sehati wanita Jeli dekat sini, semalam.
Program mingguan yang sentiasa mendapat perhatian dan pemantauan oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed ini sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja di kalangan masyarakat Parlimen Jeli untuk mengikuti program agama secara sukarela.
Seperti program-program lain, Sehati Wanita Jeli juga sentiasa dipenuhi dengan hadirin termasuk para pelajar dari Kolej Komuniti Cawangan Jeli yang turut sama menyertai program tersebut.Program keagamaan ini secara tidak langsung membentuk masyarakat yang berilmu dan bermoral.
Sudah menjadi hasrat YB.Dato’ Mustapa Mohamed yang ingin membangunkan Parlimen Jeli terutama dalam aspek pembangunan ilmu pengetahuan dan keagamaan.Setiap kali berucap di mana-mana sahaja program, pembangunan ilmu pengetahuan dan keagamaan sentiasa tidak lekang dari mulut beliau.Hasrat murni beliau tersebut, diterjemahkan melalui program-program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Pusat Dakwah Parlimen Jeli yang sentiasa dipantau oleh beliau sendiri.

Keadaan Di Dewan Pusat Dakwah Parlimen Jeli