
YB.Dato' Mustapa Mohamed Menandatangani Plak, Sempena Mersmikan Unit Bangunan Hemodialisis Hospital Jeli
JELI 04 OGOS 2008 – Majlis Perasmian Bangunan Unit Hemodialisis Hospital Jeli sempurna di rasmikan oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Jeli, dekat sini semalam.
Unit baru yang ditubuhkan tersebut adalah secara khususnya memberi kemudahan alatan perubatan khususnya untuk masyarakat sekitar Parlimen Jeli terutama bagi mereka-mereka yang mengidap penyakit buah pinggang.
Sebanyak 4 buah mesin hemodialisis dibekalkan kepada pihak hospital untuk membantu pesakit buah pinggang.Jika dahulunya mereka terpaksa ke Tanah Merah untuk menjalankan rawatan hemodialisis tetapi dengan usaha YB.Dato’ Mustapa Mohamed menyumbang kepada mesin tersebut, kini rakyat Jeli tidak lagi bersusah-payah ke Hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan.
“..saya amat gembira, apa yang saya usahakan setahun yang lalu,kini menjadi realiti..rakyat Jeli tidak lagi perlu ke Hospital Tanah Merah atau yang lebih jauh untuk mendapatkan rawatan hemodialisis..” kata YB.Dato' Mustapa Mohamed.
“..rasa amat bersyukur dan amat gembira dengan semua ini, saya kesian dengan rakyat Jeli yang dahulunya terpaksa berkejar ke Hospital Tanah Merah atau Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan…kos dan jarak perjalanan yang jauh akan merumitkan rakyat Jeli…” tambah beliau.
Sebanyak RM 812 ribu diperuntukkan untuk menaiktarafkan serta membina kemudahan hospital dan rakyat Jeli di salurkan melalui Projek Khas Kerajaan terutama pembinaan bagunan unit hemodialisis tersebut.
“..saya sebagai Ahli Parlimen Jeli amat memandang serius penubuhan unit ini dan hari ini saya bersyukur, Hospital Jeli mampu mempunyai unit mesin hemodialisis seperti hospital-hospital lain di Malaysia…” tambah YB.Dato’ Mustapa dalam ucapan perasmian beliau.
Hadir sama dalam majlis perasmian terbabit, isteri YB.Dato' Mustapa Mohamed, YBhg.Datin Khamarzan Ahmed Meah serta YB.Abdul Aziz Derasyid, ADUN Kuala Balah.

YB.Dato' Mustapa Di Temani YB.Aziz ADUN Kuala Balah dan Dr.Lila (Pengarah Kesihatan Negeri kelantan) Melawat Pesakit Yang Mendapat Rawatan Hemodialisis di Hospital Jeli Semalam