
Antara Koleksi Lawatan YB.Dato' Mustapa Mohamed Semalam
PARLIMEN JELI 03 OGOS 2008 – Setiba sahaja di Parlimen Jeli setelah manghadiri majlis di Kota Bharu, YB.Dato’ Mustapa terus sahaja ke majlis kenduri perkahwinan iman muda di Kg.Jedok dekat sini semalam.
Selesai sahaja ramah-mesra di rumah terbabit, YB.Dato’ Mustapa bergerak pula sempat beramah-mesra bersama masyarakat di kedai kopi Pok Yeh yang juga di Kg. Jedok.
Program lawatan YB.Dato’ diteruskan dengan ziarah kematian di rumah arwah Che Moh Kg.Maskura, Wakaf Zing.Selesai di sana, YB. Dato’ Mustapa bergerak pula ke Masjid Nibong untuk solat asar berjemaah bersama masyarakat Kg. Nibong.
Hal demikian juga, YB.Dato’ Mustapa sempat melawat dan membuat tinjauan terhadap Projek Penyelidikan Pertanian Tanaman Campuran yang di uruskan oleh MARDI di Bukit Nangka.Selesai sahaja membuat tinjaua dan bertemu dengan peserta tanaman tersebut beliau bergerak pula ke Mesyuarat Agung Pemuda Cawangan Lakota.
Lawatan Diteruskan dengan menghadiri majlis kesyukuran di Caltex Kg.Runsing dan setrusnya ramah-mesra di rumah Abang Pa Berdang.Kira-kira jam 9.00 malam program terakhir YB.Dato’ Mustapa di Parlimen Jeli pada hari semalam ialah merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya Bersama Tentera Regimen sempadan Kem 301 batu 11 sempena sambutan bulan kemerdekaan.

Koleksi Lawatan YB.Dato' Mustapa Mohamed