Carian  
23 November 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Program Lawatan YB.Dato' Mustapa Mohamed Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 02 Ogos 2008

lawatan YBDato2.jpg

Koleksi Gambar Lawatan YB.Dato' Mustapa

PARLIMEN JELI 02 OGOS 2008 – Sepanjang berada di Parlimen Jeli selama 2 hari sebanyak 27 program telah di hadiri oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed dekat sini semalam.

Pada 01hb Ogos 2008, sebanyak 19 program telah dihadiri oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed, antaranya melibatkan ziarah masyarakat Parlimen Jeli yang uzur serta ramah-mesra bersama masyarakat.Program pertama YB.Dato’ Mustapa Mohamed di Parlimen Jeli ialah solat jumaat bersama Yang Mulia Al-Sultan Negeri Kelantan serta masyarakat sekitar.di Masjid Bandar Jeli.Program di teruskan pula dengan Majlis Minum Petang bersama pegawai dan anggota di Kem Regimen ke 2 Sempadan Batu Melintang.Di majlis tersebut juga YB.Dato’ Mustapa Mohamed merasmikan Perlawanan Hoki antara pasukan tentera serta melawat Persatuan Bakat Isteri-Isteri Tentera di kem terbabit.

Selesai sahaja majlis serta ramah mesrta di kem terbabit, YB.Dato’ bergerak pula ke majlis gotong-royong  membina madrasah Kg.Lalat di Kalai, Batu Melintang.Kira-kira jam 4.30 petang, YB.Dato’ Mustapa solat asar berjemaah bersama penduduk di Kg.Batu Melintang.Setelah selesai solat asar, beliau pula sempat beramah-mesra bersama penduduk Kg.Batu Melintang di warung goreng pisang Mek Rohani dan di rumah cikgu Din.

Seterusnya, YB.Dato’ Mustapa bergerak pula ke Kg.Satura (Salor-Tumbi Rapat) bagi merasmikan madrasah baru kampong terbabit.Kira-kira jam 6.40 petang, YB.Dato’ berada di Pusat Urusan Sehenti dan Perkhidmatan Agro Tani (PUSPA Tani) di Gemang bagi membuat tinjauan Taman PUSPA Tani yang diilhamkan oleh beliau sendiri.Selepas sahaja meninjau kawasan terbabit YB.Dato’ bergerak pula ke Kg.Berdang untuk solat maghrib berjemaah dengan penduduk di sana.Program diteruskan dengan ziarah kematian di rumah arwah Saudi Saiyitina di Kg.Jakar dan arwah juga merupakan Ketua UMNO Cawangan Kg.Jakar.Selepas itu YB.Dato’ bergerak pula ke Masjid Jakar untuk solat isyak berjemaah.

YB.Dato’ Mustapa meneruskan program dengan menyertai majlis tahlil di rumah Hj.Ismail Jusoh Bukit Bunga seterusnya menghadiri Mesyuarat Agung Cawangan Blok Machang, Air Lanas.Tepat jam 10.30 malam, YB.Dato’ sempat beramah-mesra di rumah Pak Da wahab di Kg.Gemang, seterusnya melawat Pusat Dakwah Kg.Jenub.Kira-kira jam 11.30 malam, YB.Dato’ beramah-mesra bersama petugas-petugas urusetia Persidangan UMNO Cawangan di Kompleks UMNO Bukit Nangka, yang juga merupakan program terakhir beliau pada malam tersebut.
A007.jpg

Koleksi Ramah-Mesra YB.Dato' Mustapa Mohamed

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement