Carian  
23 November 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 160 Orang Hadiri Kuliah Jumaat Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 01 Ogos 2008

RIMG0010.JPG

Antara Yang Hadi Mengikuti Kuliah

JENUB 01 OGOS 2008 – Seramai 160 orang dikalangan masyarakat dari Parlimen Jeli telah menghadiri kuliah jumaat yang di anjurkan oleh Pusat Dakwah Parlimen Jeli dekat sini hari ini.

Seperti minggu-minggu sebelumnya, kuliah jumaat sentiasa mendapat sambutan di kalangan masyarakat sekitar Parlimen Jeli.Di samping mendapat ilmu agama mereka juga dihiburkan dengan celoteh Ustazah Sharifah yang mampu menarik hati mereka di samping mesej keagamaan dapat disampaikan.

“…..program-program seperti ini wajar diteruskan, banyak perkara yang dapat dipelajari, disamping tertarik dengan celoteh yang disampaikan oleh ustazah Sharifah..” kata salah seorang yang mengikuti program terbabit.

“..selain bacaan kitab, kita diberi peluang untuk membuat bacaan secara individu..program seumpama inilah yang kami mahukan…” tambahnya.

Hal yang demikian, madrasah Pusat Dakwah Parlimen Jeli kini dalam proses perancangan untuk dibesarkan memandangkan Pusat Dakwah Parlimen Jeli sentiasa dipenuhi dengan program-program ilmu untuk masyarakat di Parlimen Jeli.
RIMG0009.JPG

Ilmu Tidak Mengira Tua atau Muda

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement