Carian  
23 November 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 YB.Aziz Sampaikan Hasrat YB.Dato' Mustapa Mohamed Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 31 Julai 2008

P7290146.JPG

YB.Aziz Disambut Dengan Iringan Kompang Oleh Para Pelajar

BATU MELINTANG 31 JULAI 2008 – YB.Abdul Aziz Derasyid ADUN ( Ahli Dewan Undangan Negeri) Kuala Balah hari ini merasmikan Program Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Batu Melintang dekat sini hari ini

YB.Abdul Aziz yang diringi dengan paluan kompang oleh Persatuan Kompang SK.Batu Melintang tiba kira-kira jam 2.30 petang disamping ditemani oleh pengetua sekolah terbabit En. Noordin Mustafa untuk merasmikan program terbabit.

Sehubungan dengan itu, dalam ucapan program tersebut, YB.Abdul Aziz secara jelas menyampaikan niat murni YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Jeli, untuk membangunkan bidang pendidikan terutamanya di Parlimen Jeli.

Dalam majlis yang sama, beliau juga berkata, YB.Dato’ Mustapa amat mengambil berat dengan perkembangan sekolah terutama dari segi memberi kemudahan kepada para pelajar terutama dalam pendidikan dan kemudahan lain di sekolah, antaranya musalla, dan lain-lain.

Hal yang demikian, sejumlah wang telah diberikan kepada pihak sekolah untuk membeli kelengkapan di musalla sekolah contohnya kain sembahyang, kupiah, sejadah dan kelengkapa-kelengkapan lain untuk kegunaan guru-guru serta para pelajar.

Majlis yang sama juga, YB.Abdul Aziz menyampaikan sumbangan 13 buah basikal serta sumbangan lain-lain kepada pelajar miskin di sekolah terbabit
P7290153.JPG

YB.Aziz Menyampaikan Sumbangan Basikal Kepada Salah Seorang Pelajar Miskin

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement