
Pertama Dari Kanan: Jeneral Azizan Di Sempadan Bendera Malaysia-Thailand
KALAI 31 JULAI 2008 – Jalan dan jambatan Kg.Kalai yang menghubungkan Kg.Kalai dengan Pos Kalai yang bernilai 6.2 juta yang dirasmikan oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed kira-kira mei lalu mendapat lawatan dari Panglima Lapan Briged, Brigedier Jeneral Azizan Md. Delin, dekat sini hari ini.
Jenaral yang ditemani pegawai dan anggota ke kawasan tersebut kira-kira jam 10.00 pagi tadi, memantau perkembangan projek jalan tersebut.Projek membina dan menyiapkan jalan keselamatan tersebut juga merupakan projek yang sentiasa mendapat pemantauan oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed.
Dengan adanya Projek tersebut, ia secara langsung akan menambahkan lagi kemudahan pembangunan yang pesat membangun di daerah Jeli.Jeneral Azizan dalam siding media berkata, projek ini akan membantu membangunkan kawasan tersebut setaraf dengan apa yang ada di Jeli kini terutama kawasan sempadan Malaysia-Thailand.
“..kita yakin dengan adanya kemudahan jalan disini akan membangun seperti tempat-tempat lain yang sudah membangun contohnya Bukit Bunga, Rantau Panjang yang dahulunya hanya kawasan hutan”
“……secara tidak langsung juga ekonomi masyrakat tempatan akan meningkat setelah kawasan ini membangun kelak..”tambah Jeneral Azizan dalam sesi lawatan beliau pagi tadi.

Jalan Keselamatan Kg.Kalai Yang Dalam Pembinaan