Carian  
23 November 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Sehati Wanita Jeli Utamakan Kesempurnaan Mengerjakan Solat Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 29 Julai 2008

RIMG0120.JPG

Antara Hadirin Yang Hadir

JENUB 29 JULAI 2008 – Seramai 100 orang telah menyertai Program Sehati Wanita Jeli yang dianjurkan oleh Pusat Dakwah Parlimen Jeli, dekat sini hari ini.

Seperti minggu-minggu yang lalu kehadiran adalah melibatkan masyarakat sekitar parlimen Jeli serta penglibatan wajib pelajar-pelajar dari Kolej Komuniti Cawangan Jeli. Penglibatan mereka dalam aktiviti seumpama ini sekaligis merapatkan hubungan dengan masyarakat sekitar Parlimen Jeli di samping menimba ilmu agama.

Program Sehati wanita Jeli menekankan beberapa aspek penting, antaranya perkara-perkara berkaitan dengan Fardhu Ain, solat yang berkualiti, serta sesi soal-jawab agama. Aspek-aspek inilah yang menjadi penekanan diadakan program tersebut.

Ramai dikalangan umat islam hari ini tahu mengerjakan solat namun persoalannya, sejauhmana kita khusyuk dan sempurna mengerjakan solat tersebut.Oleh yang demikan, program ini amat bertepatan dengan tuntutan agama sekaligus mengajar masyarakat dan memperbetulkan kesilapan sewaktu mengerjakan solat.
RIMG0121.JPG

Tersenyum Dengan Celoteh Ustaz Sharifah Meyampaikan Ceramah

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement