
Ramah-Mesra YB.Dato' Mustapa Di Majlis Perasmian Mesyuarat Berkelompok
PARLIMEN JELI 27 JULAI 2OO8 – Sepanjang berada di Jeli semalam, sebanyak 8 program telah dihadiri oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed, dekat sini semalam.
Seawal jam 5.40 pagi, YB.Dato’ Mustapa Mohamed telah turun ke Masjid Kg.Kelisar untuk solat subuh berjemaah dengan masyarakat kampung tersebut.Selesai sahaja solat berjemaah, YB.Dato’ Mustapa bergerak pula menghadiri majlis kesyukuran di rumah Rohaiman di kampung yang sama.
Program seterusnya, YB.Dato’ melawat dan memantau Projek Ternakan Kambing Berkelompok Kampung Kelisar.Selain itu juga, YB.Dato’ Mustapa Mohamed juga meluangkan masa beliau untuk menziarah kematian antaranya di rumah Ismail Kampung Batu 11, rumah Jusoh Mat Man dan juga rumah Tuan Yussof di Kampung Air Ralek.
Program ke tujuh YB.Dato’ Mustapa ialah program Perasmian Mesyuarat Berkelompok Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Jeli 2008 kira-kira jam10.30 pagi.
Hal yang demikian, program terakhir beliau di Parlimen Jeli semalam ialah program Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPk Lanas Jedok, Batu Gajah.

YB.Dato' Menerima Cendera Hati Dari Pengurusi Peladang Air Lanas/Jedok Sempena Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan