Carian  
23 November 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 RM 360,000 Di Belanjakan Untuk Baik-Pulih Madrasah Di Parlimen Jeli Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 24 Julai 2008

madrasah bechah tok kar-resize.jpg

Antara Madrasah Yang Akan di Baik-Pulih

PARLIMEN JELI 24 JULAI 2008 – Sebanyak RM 360,000 akan digunakan untuk baik-pulih madrasah di Parlimen Jeli yang melibatkan 3 DUN iaitu DUN Bukit Bunga, DUN Air Lanas dan DUN Kuala Balah sewaktu menemui Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Jeli, En. Roslan Mohamed, dekat sini, semalam.

Projek baik-pulih ini adalah hasil sumbangan pribadi dari seorang hamba ALLAH yang ingin melihat Parlimen Jeli membangun bukan sahaja dari segi keduniaan semata-mata  tetapi keagamaan juga perlu seiring dengan pembangunan yang lain.

Sehaluan dengan ini, ia adalah amat bertepatan dengan hasrat YB.Dato’ Mustapa Mohamed selaku Ahli Parlimen Jeli yang ingin membangun dan memantapkan institusi dan bidang keagamaan di Parlimen Jeli.

Sehubungan dengan itu juga, dengan adanya proses baik-pulih madrasah ini, secara langsung memberi kemudahan untuk beribadat kepada masyarakat di Parlimen Jeli selain ke masjid-masjid yang sedia ada.

“kita amat bersyukur dan berterima kasih pada YB.Dato’ Mustapa Mohamed kerana sentiasa berusaha membangunkan Parlimen Jeli….beliau amat mengutamakan keagamaan…kita di Parlimen Jeli betuah punyai pemimpin seperti beliau..” kata Zabariah Wan Sulaiman, penduduk kampung yang ditemui sewaktu membuat liputan terbabit

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement