
Bacaan Kitab Oleh Ustaz Norlizan
JENUB 23 JULAI 2008 – Hari ini berlangsung lagi program Kitab Penawar Hati yang diurus sendiri oleh pengurusan Pusat Dakwah Parlimen Jeli atas permintaan dari masyarakat tempatan.
Kira-kira 80 orang telah hadir sendiri ke program tersebut untuk mengikuti kelas bacaan kitab yang dikendalikan oleh Ustaz Norlizan Abdul Rahman dengan kerjasama pengurusan Pusat Dakwah Parlimen Jeli.
Program bacaan kitab secara berguru ini diadakan pada setiap hari Rabu bermula jam 3.00 petang sehingga jam 5.00 petang setelah selesai solat Asar berjemaah.
Penglibatan serta kesungguhan mereka mennghadirkan diri amat membanggakan semua pihak bukan sahaja pada program hari ini, tetapi setiap program yang di anjurkan oleh pihak Pusat Dakwah Parlimen Jeli.

Khusyuk Mendengar Terjemahan Kitab Oleh Ustaz