
Antara Pembangunan Di Parlimen Jeli
PARLIMEN JELI 23 JULAI 2008 – Parlimen Jeli setelah kehadiran YB.Dato’ Mustapa Mohamed telah banyak berlaku perubahan jika hendak dibandingkan 14 tahun sebelumnya.
Parlimen Jeli dan YB.Dato’ Mustapa Mohamed terlalu sebati adunannya.Bila sahaja Jeli disebut, secara langsung setiap masyarakt di Malaysia akan teringatkan YB.Dato’ Mustapa Mohamed.Begitulah diibaratkan YB.Dato’ Mustapa dan Parlimen.
Sumbangan beliau di Parlimen Jeli amat membanggakan masyarakat khususnya seluruh masyarakat di Parlimen Jeli. Pelbagai sektor dibangunkan oleh YB.Dato’ Mustapa, antaranya keagamaan,pendidikan,pembangunan infrastruktur,kesihatan dan sebagainya demi keselesaan masyarakat di Parlimen Jeli.
Apa sahaja yang diperlukan oleh rakyat, sentiasa mendapat perhatian dari YB.Dato’ Mustapa Mohamed.Kepimpinan beliau di Parlimen Jeli bagai satu sinar mutiara untuk seluruh rakyat di Parlimen Jeli.Keperibadian beliau yang terlalu cakna terhadap rakyat menimbulkan rasa bertuah rakyat terhadap beliau.
Hari ini, Parlimen Jeli sudah jauh berubah, masyarakat Parlimen Jeli juga seharusnya memanjat rasa syukur kerana adanya pemimpin seperti beliau.Pelbagai projek telah dibawa ke Jeli.Masyarakat Jeli juga hari ini bukan lagi masyarakat yang jauh terpinggir dari pembangunan ekonomi bahkan semakin maju ke depan, dibawah kepimpinan beliau

Pelbagai Pembanguan DiLaksanakan