
Ustaz Noorlizan Sewaktu Menyampaikan Ceramah Kepada Para Pelajar
JENUB 03 JULAI 2008 – Seramai 50 orang pelajar-pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Melintang mengikuti program Insan Kamil yang di anjurkan oleh pihak pengurusan Pusat Dakwah Parlimen Jeli dekat sini hari ini.
Penceramah hari ini ialah Ustaz Norlizan Ab. Rahman yang mengupas beberapa perkara penting dalam kehidupan seharian.Antaranya mengenal ALLAH S.W.T sebagai pencipta makhluk di dunia ini.
Hasil liputan mendapati, kesemua pelajar yang mengikuti program terbabit amat tertarik dengan program tersebut.Selain sesi ceramah, para pelajar juga berpeluang bertanya soalan secara terus kepada penceramah.
Program yang bermula kira-kira jam 3.00 petang tadi akan berakhir selepas solat isyak berjemaah.Hasil temubual bersama pihak pengurusan Pusat Dakwah Parlimen Jeli, malam ini bakal berlangsung Program Qiamulai yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jeli dengan kerjasama Pusat Dakwah Parlimen Jeli.

Antara Pelajar Yang Hadir