
En.Azemi Semasa Memberikan Kursus Kepada Peserta
GEMANG 03 JULAI 2007 – Seramai 10 orang peserta Ternakan Ayam Kampung Berkelompok telah mengikuti kursus yang di anjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar di bilik perbincangan PUSPA Tani Parlimen Jeli, dekat sini semalam.
Kesemua yang hadir semalam merupakan penternak yang telah mengusahakan ternakan tersebut kira-kira sejak bulan april yang lalu dengan memasukkkan kira-kira 1000 ekor ayam pada peringkat permulaan.Pada peringkat kedua jumlah ayam yang diternak ditingkatkan kepada 5000 ekor memandangkan mendapat permintaan yang tinggi dipasaran hari ini.
Kursus yang dikendalikan oleh En. Azemi Bin Mahmud, Pegawai Seksyen Unggas, Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Negeri Kelantan semalam banyak memberi input-input positif kepada peserta berhubung dengan pemeliharaan ternakan ayam kampung.Antaranya kaedah-kaedah memelihara ayam kampung dengan baik termasuk pengurusan ladang yang lebih sistematik, pengurusan makanan dan kesihatan yang baik, perancangan mutu ayam dan sebagainya.
Secara tidak langsung, kursus tersebut dapat memberi bimbingan kepada penternak-penternak ayam dalam menguruskan ternakan dengan baik dan dengan lebih sistematik, seterusnya melahirkan penternak yang berjaya.Inilah yang menjadi harapan kepada YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia agar masyarakat Malaysia khususnya, termasuk masyarakat Parlimen Jeli terlibat secara aktif dalam pertanian dan penternakan sekaligus merealisasikan hasrat kerajaan meningkatkan pendapatan para petani dan penternak serta secara tidak langsung menyahut seruan kerajaan bahawa pertanian adalah satu perniagaan.

Antara Peserta Kursus