
Aminah Bersama Ternakan Beliau
JELI 02 JULAI 2008 – Bermula dengan hanya 500 ekor itik jenis Muscovy kini Aminah Bt Mohamad, 31, mampu mempunyai 950 ekor itik jenis tersebut sewaktu di temui dekat reban penternakan beliau dekat sini hari ini.
Apa yang amat membanggakan beliau merupakan adalah salah seorang bekas graduan dari Universiti Malaysia Sabah (UNIMAS) yang gigih mengusahakan ternakan ini.Sebelum mengusahakan ternakan itik ini, beliau pernah menghadiri kursus penternakan itik pedaging yang di anjurkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan sekarang beliau merupakan salah seorang yang mendapat bimbingan dan khidmat nasihat dari jabatan terbabit.
Beliau yang sebelumnya bekerja sebagai Supervisor Produksi di salah sebuah syarikat di Kuala Lumpur mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman beliau untuk menjalankan usaha ternakan ini atas dasar minat dan dorongan daripada keluarga beliau sendiri.
“…lebih baik kita kerja sendiri lagipun kerja sendiri senang di urus dan pendapatannya agak lumayan berbanding kita mengharapkan gaji bulanan daripada syarikat” tambah beliau.
“..graduan tidak harus mengharapkan seratus-peratus untuk mendapatkan pekerjaan yang baik selepas tamat pengajian..kita kena berusaha untuk memajukan diri sendiri”
“..sahut seruan kerajaan bahawa pertanian adalah perniagaan” katanya.
Hasil temubual juga, pada peringkat permulaannya beliau sering di pandang negative oleh sebahagian dari masyarakat memandangkan beliau seorang lepasan universiti tetapi berkat usaha dan wawasan beliau kini beliau mampu membuktikan kepada masyarakat beliau juga mampu berjaya.

Itik Jenis Muscovy