
Mat Ghaza Bermain-Main Bersama Kambing Ternakan Beliau
AIR LANAS 01 JULAI 2008 - “..saya nak sahut seruan YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang ingin memajukan masyarakat kita hari ini dalam bidang pertanian dan ternakan” demikianlah kata-kata yang diucapkan oleh Mat Ghaza Yusoff yang mengusahakan ternakan Kambing Jamnapari, sewaktu di temui di kediaman beliau dekat sini hari ini.
Beliau yang memulakan ternakan kambing tersebut pada 4 Disember 2006 dengan pembelian 3 ekor induk dan seekor pejantan.Memandangkan ternakan tersebut mendapat permintaan dan mempunyai potensi yang baik, beliau menambah lagi jumlah tersebut kepada 22 ekor induk dan 1 ekor penjantan pada februari 2007.Hari ini beliau mempunyai 30 ekor kambing jenis tersebut dan harga setiap ekor kambing mencecah hampir RM 900 ke RM 5000 seekor mengikut saiz serta keadaan bulu kambing tersebut.
Sehubungan dengan itu juga, beliau memulakan ternakan ini menggunakan modal sendiri tanpa memimjam dari mana-mana pihak atau institusi keewangan.Beliau juga mendapat khidmat nasihat, bimbingan dan bantuan dari jabatan perkhidmatan haiwan dan veterina memandangkan beliau bersungguh-sungguh untuk memajukan usaha ini.
“…kalau ada rezeki, saya hendak memajukan lagi ternakan saya ini…”
“..sekarang saya dalam proses menyewa tanah seluas 2 ekar untuk tujuan penanaman rumput….”tambah beliau.
Di samping itu juga, ternakan beliau ini juga mendapat lawatan daripada Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar Malaysia, dan pegawai-pegawai veterinar yang lain baru-baru ini bagi melihat ternakan beliau yang juga merupakan salah seorang penternak contoh di Parlimen Jeli.

Wartawan Sinar Harian Yang Juga Hadir Membuat Liputan