
Ybhg.Datin Khamarzan Bertanya Khabar Pada Salah Seorang Dari Pesakit
PARLIMEN JELI 30 JUN 2008 – “mak cik sehat?..macam mana keadaan mak cik?..” demikianlah suara lembut yang keluar dari mulut isteri kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, YB.Dato’ Mustapa Mohamed yang juga merangkap Ahli Parlimen Jeli, Datin Kharmarzan Ahmed Meah, sewaktu melawat pesakit di Hospital Jeli dekat sini baru-baru ini.
Ybhg.Datin Khamarzan akan mengambil peluang sepenuhnya apabila pulang ke Jeli untuk melawat masyarakat di Parlimen Jeli khususnya.Setiap kali pulang ke Jeli beliau sentiasa ke Hospital Jeli untuk menziarah masyarakat Jeli yang di rawat di hospital terbabit.Beliau menghabiskan masa kira-kira satu jam untuk beramah-mesra dengan kakitangan hospital, pesakit dan anggota keluarga yang menemani mereka.
Sehubungan dengan itu juga, Datin Khamarzan juga sentiasa melawat dari rumah ke rumah di sekitar Parlimen Jeli sepertimana yang dilakukan oleh YB.Dato' Mustapa Mohamed sekiranya berada di Parlimen Jeli
Datin Khamarzan mempunyai persamaan dengan suaminya, YB.Dato’ Mustapa Mohamed yang terlalu cakna dengan masyarakat di Parlimen Jeli.Setiap masalah dan kerumitan yang dihadapi oleh masyarakat mendapat perhatian dari mereka berdua.Kepimpinan seumpama inilah yang harus ada pada setiap pemimpin samada di peringkat masyarakat mahupun negara

Ramah-Mesra Datin Bersama Pesakit