
En.Nordin Semasa Menyampaikan Taklimat Kepada Peserta
GEMANG 29 JUN 2008 – Satu taklimat khas antara Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veterina dengan kira-kira 30 orang peserta Ternakan Kambing Berkelompok Fasa 1 di Parlimen Jeli dekat bilik seminar Maktab Rendah Sains Mara Jeli hari ini.
Taklimat tersebut di sampaikan oleh En.Nordin Mahamud, Pegawai Khas kepada YB.Dato’ Mustapa Mohamed yang juga merupakan Pengarah Pusat Pembangunan Sosio Ekonomi Jeli bersama Dr.Mazlan dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veterina Kota Bharu.
Projek ternakan ini melibatkan kesemua Dun di Parlimen Jeli iaitu Dun Bukit Bunga, Dun Ayer Lanas dan Dun Kuala Balah serta projek khas ternakan kambing bagi Gerakan Pemuda Kg.Kelisar.Projek ini juga merupakan projek perintis dan menjangkakan agar ia menjadi projek contoh di Parlimen Jeli.
Dalam sesi taklimat tersebut itu juga, beliau memaklumkan bahawa kerja-kerja pembersihan kawasan projek, pembinaan kandang serta pagar harus di mulakan secepat yang mungkin kerana baka kambing akan di masukkan menjelang awal Ogos nanti.
“ ..YB.Dato’ amat berharap agar projek ini berjaya dan dapat menjadi contoh bukan sahaja di Parlimen Jeli malah kepada rakyat Malaysia.” Tambah En.Nordin dalam sesi taklimat tersebut.

Salah Seorang Peserta Bertanyakan Soalan Semasa Sesi Soal-Jawab