
Ucapan Perasmian Oleh YB.Dato'
GEMANG 28 JUN 2008 – Program Merakyatkan Seni Budaya Bersama Masyarakat Jeli telah sempurna di rasmikan oleh YB. Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Jeli, di padang Sekolah Kebangsaan Gemang, dekat sini semalam.
Majlis tersebut merupakan program anjuran bersama antara Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Negeri Kelantan dan Ahli Jawatankuasa Merakyatkan Seni Budaya Jeli, antaranya menghidupkan seni budaya melayu Kelantan agar ia tidak ditelan zaman.
Program yang bermula kira-kira jam 3.00 petang semalam memmuatkan pelbagai aktiviti seni budaya antaranya demonstrasi seni silat cantik, paluan rebab, wayang kulit, rebana kercing, rebana ubi, orkestra dan banyak lagi.
Majlis diserikan lagi dengan tetamu-tetamu istimewa dari Kumpulan Salam Pantai Timur antaranya Abe Nor, Kak Wan dan Pak Da.

YB.Dato' Di Program Terbabit