
Di Tapak Ternakan Kambing JPH Batu 11
PARLIMEN JELI 27 JUN 2008 – Seramai 10 orang pegawai dan kakitangan dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar yang diketui oleh Ketua Pengarah Vaterinar Malaysia Dato’ Dr. Aziz Jamaluddin telah turun ke Parlimen Jeli untuk melawat tapak-tapak ternakan yang berpotensi untuk di majukan dekat sini semalam.
Beliau yang juga di temani oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar Negeri Kelantan, Dato’ Dr. Zairi telah melawat ke beberapa kawasan di Parlimen Jeli, antaranya ke projek ternakan kambing di Jabatan Perkhidmatan Haiwan(JPH) Batu 11, tapak ternakan kambing di Kg.Kelisar, ke tempat ternakan kambing dan lembu yang di usahakan oleh peserta-peserta di bawah khidmat nasihat jabatan veterinar serta beberapa tempat lagi.
Sehubungan dengan itu , lawatan kerja tersebut secara tidak langsung mengambarkan kesungguhan pihak kerajaan dalam membangunkan Parlimen Jeli terutama dalam bidang pertanian dan ternakan.Dengan wujudnya pertumbuhan pertanian dan ternakan ini ia sekaligus akan meningkatkan tahap ekonomi masyarakat di Parlimen Jeli khususnya.Di samping itu juga ia secara tidak langsung akan merealisasikan hasrat kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan masyarakat luar Bandar.
Kesempatan itu juga, beliau juga sempat melawat Taman PUSPA Tani di Gemang yang di rasmikan sendiri oleh YB. Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada awal bulan jun baru-baru ini.

Ternakan Lembu dan Kambing Salah Seorang Penternak Contoh Parlimen Jeli