
Anggota Bomba Mengeluarkan Mangsa Dari Kenderaan
GEMANG 26 JUN 2008 – Agak mengemparkan semua pihak, tiba-tiba kedengaran bunyi siren kenderaan dari Jabatan Bomba Jeli, Hospital Jeli dan juga kenderaan dari Ibupejabat Polis Daerah Jeli yang berhenti di R & R Gemang dekat sini pagi tadi.
Setelah hampir 10 minit perkara tersebut berlaku, baru lah semua orang ramai sedar bahawa kejadian tersebut hanya lakonan dalam menjalankan kempen keselamatan jalan raya yang mempertontonkan kemalangan yang melibatkan sebuah bas dan kereta.
Sehubungan dengan itu juga, ia juga merupakan satu latihan menyelamat mangsa kemalangan sekali gus menilai tahap kecekapan yang ada pada setiap jabatan dan menjalankan tanggungjawab mereka masing-masing apabila belaku sesuatu kemalangan atau kecemasan.
“pada mula nya kami hairan bila tengok bas dan kereta yang mempunyai penumpang di letak macam kemalangan…”
“tiba-tiba kedengaran bunyi siren keselamatan dari kenderaan polis,bomba dan hospital….lakonan tadi di lakonkan seperti ia benar-benar berlaku” kata salah seorang yang di temui.

Lakonan Kemalangan Yang Melibatkan Sebuah Bas dan Kerata Kancil