Carian  
14 Oktober 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Sehati Wanita Jeli Di Sungai Satan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 24 Jun 2008

RIMG0025.JPG

Turut Hadir: Puan Roslinah Dari Wanita UMNO Jeli Menyampaikan Ucapan Sebelum Program Di Teruskan

SUNGAI SATAN 24 JUN 2008 – sedikit kelainan pada program Sehati Wanita Jeli hari ini yang seperti biasa diadakan di Pusat dakwah Parlimen Jeli tetapi pada hari ini diadakan di Kg.Sungai Satan atas permintaan masyarakat tempatan.

Kira-kira 90 orang telah hadir ke program tersebut yang diadakan di Dewan RPT KESEDAR  Sungai Satan dan ternyata mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari masyarakat tempatan.

Ceramah agama hari ini di sampaikan oleh Ustazah Hjh.Sharifah Che Bedollah Yang dijemput khas dari Kota Bharu oleh pihak pentadbiran Pusat Dakwah Parlimen Jeli untuk bersama-sama masyarakat Kg.Sungai Satan

Selain ceramah agama, pembetulan bacaan dari segi tajwid juga di buat bagi memperbetulkan bacaan khususnya dalam bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan bacaan-bacaan dalam solat. Peserta juga berpeluang mengemukakan soalan sekiranya terdapat keraguan dalam mengerjakan amal ibadat serta mendapat penerangan yang jelas dari penceramah.

RIMG0023.JPG

Antara Yang Hadir Di Program Terbabit

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement