Carian  
14 Oktober 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Masjid Kuala Balah Di Baik-Pulih Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 24 Jun 2008

masjid kuala balah 2.JPG

Kerja-Kerja Pemasangan Jubin Sedang Di Jalankan

KUALA BALAH 24 JUN 2008 – sebanyak RM 300 ribu diperuntukkan untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan baik-pulih masjid Kuala Balah dekat sini hari ini.

Kerja-kerja pengubahsuaian sedang giat dijalankan oleh kontraktor yang dilantik untuk memastikan kerja-kerja berjalan lancar dan siap sepenuhnya bagi memberi kemudahan khususnya kepada masyarakat setempat, mengerjakan amal ibadat.

Masjid ini di baik-pulih bagi memastikan keselesaan kepada masyarakat tempatan untuk mengerjakan solat serta melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan.Baik-pulih juga melibatkan penukaran bumbung masjid, pemasangan jubin, pembinaan tandas  baru yang selesa dan lebih sistematik,ruang pejalan kaki dan beberapa lagi baik-pulih untuk keselesaan rakyat.

 Hal yang demikian, projek ini juga sentiasa dipantau oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed sebagai Ahli Parlimen Jeli dan sentiasa meneliti dan menyelesaikan setiap permasalahan rakyat serta memastikan masyarakat di Parlimen Jeli mendapat pelbagai kemudahan termasuk juga dari segi keagamaan yang sentiasa menjadi keutamaan bagi YB.Dato’ Mustapa Mohamed.

masjid kuala balah.JPG

Laluan Pejalan Kaki Ke Masjid

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement