
KUALA BALAH 24 JUN 2008 – Perjalanan projek pembinaan R & R Kuala Balah berjalan lancar sewaktu di kunjungi oleh penulis dekat sini hari ini.
Projek yang menelan kos sebanyak RM 195 ribu ini sentiasa dibuat pemantauan oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed sebagai Ahli Parlimen Jeli yang akan memastikan projek tersebut akan siap sepenuhnya dengan keadaan yang sempurna.
YB.Dato Mustapa Mohamed sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan setiap projek yang di laksanakan di Parlimen Jeli dan sentiasa memandang serius sekiranya terdapat masalah yang akan membantutkan pembangunan di Parlimen Jeli khususnya.
Sehubungan dengan itu juga, dengan terbinanya tempat rehat ini ia sekaligus akan memberi kemudahan kepada pengguna jalan Jeli – Dabong – Gua Musang yang di antaranya akan di lengkapi dengan kedai-kedai makan dan runcit, telefon awam, tandas, musalla dan sebagainya.
Hal yang demikian juga, secara tidak langsung, penduduk tempatan akan berpeluang membuka perniagaan antara contohnya perniagaan makanan serta runcit sekali gus meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat.
Inilah antara misi YB.Dato’ Mustapa Mohamed membawa pembangunan di Parlimen Jeli agar masyarakat Parlimen Jeli tidak ketinggalan dari segi ekonomi dan pembangunan.
