
YB.Hj.Abd.Aziz Menyampaikan Sumbangan Kerusi Dan Meja Kepada PPM Bukit Tok Ali
KUALA BALAH 23 JUN 2008 – YB.Hj. Abdul Aziz Derasyid, ADUN Kuala Balah, telah menyampaikan sumbangan kerusi serta meja kepada semua Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) di DUN Kuala Balah bagi memberi keselesaan kepada PPM untuk menjalankan tugas mereka, dekat sini baru-baru ini
Keprihatinan YB.Aziz terhadap anak buah beliau amat membanggakan semua pihak terutama golongan PPM di kawasan Kuala Balah. YB.Aziz semasa ditemui di majlis perjumpaan bersama YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Jeli, di Kg. Bukit Tok Ali baru-baru ini, berkata, sumbangan ini adalah bertujuan memberi keselesaan kepada PPM untuk menjalankan tugas-tugas mereka di samping sebagai tanda hormat dan penghargaan dari pihak kepimpinan parti.
“…saya berharap, tugas sebagai PPM di laksanakan dengan baik sekali”
“…peringkat akar-umbi adalah merupakan asset utama kejayaan sesuatu parti…kerusi dan meja ini kita hadiahkan sebagai satu tanda penghargaan kami supaya kita bekerja lebih kuat untuk mengukuhkan kekuatan parti ” tambah beliau.