Carian  
14 Oktober 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 "Terima Kasih YB.Dato' Mustapa" - Pengarah JUPEM Bahagian Kadaster Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 22 Jun 2008

P6210005.JPG

Tn.Hj.Kamil Sewaktu Menyampaikan Ucapan Kepada Pegawai dan Kakitangan di Pusat Dakwah Parlimen Jeli

JENUB 22 JUN 2008 – Satu program keraian bersama kakitangan dan pegawai dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah diadakan dekat sini hari ini.

Majlis ini di adakan sempena meraikan kira-kira 50 pasukan juru ukur dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu dan Kelantan yang menjalankan kerja ukur tanah di Parlimen Jeli kira-kira 2 bulan yang lalu yang menetap di asrama Pusat Dakwah Parlimen Jeli.

Kira-kira 450 lot tanah telah di ukur atas permintaan masyarakat Jeli dan ia perlu disiapkan menjelang 30 Jun 2008 nanti.Hadir dalam majlis tersebut, Pengarah Ukur Bahagian Kadaster Malaysia Tuan Haji Muhamed Kamil bin Mat Daud merakamkan jutaan terima kasih kepada YB.Dato’ Mustapa Mohamed kerana membenarkan kakitangan beliau menetap di Pusat dakwah bagi melicinkan kerja-kerja ukur di Parlimen Jeli.

“…saya yakin,sekiranya YB.Dato’ tidak membenarkan kami tinggal di sini adalah amat rumit bagi pegawai dan kakitangan saya melaksanakan tugas mereka”

“setinggi-tinggi penghargaan buat YB.Dato’ dan tahniah buat beliau atas ehsan beliau”tambah beliau.

Ketua Jajahan Jeli, Tuan Haji Serpudin Mohamad yang mewakili YB Dato' Mustapa Mohamed dalam majlis tersebut, menyatakan ucapakan terimakasih yang tidak terhingga kepada pihak JUPEM yang bekerja keras untuk menyiapkan kerja pengukuran yang tertangguh di Jajahan Jeli ini. YB Dato' Pa amat menghargai sumbangan mereka dengan mengadakan majlis seperti ini. Selaku Ketua Jajahan Jeli, beliau mengakui sumbangan pihak JUPEM dapat membantu pihak Jajahan Jeli menyelesaikan isu-isu berkaitan tanah yang dihadapi oleh rakyat Jeli. Majlis tersebut turut dihadiri En.Nordin Mahamud, selaku Pegawai Khas kepada YB.Dato’ Mustapa Mohamed.
P6210009.JPG

En.Nordin Mahamud Menerima Cenderahati Dari Pengarah Kadaster JUPEM Sebagai Tanda Kenang-Kenangan

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement