Carian  
06 September 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Transformasi R & R Gemang Amat Membanggakan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 22 Jun 2008

tranformasi rn r.jpg

Sebelum Dan Selepas Pembinaan R & R Gemang

GEMANG 22 JUN 2008 – Hari ini Gemang umumnya dan Jeli khususnya semakin berubah jika hendak dibandingkan setelah 13 tahun YB.Dato’ Mustapa Mohamed menjadi Ahli Parlimen Jeli.
 
R & R Gemang dibina atas dasar yang di ilhamkan oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed memandangkan Jeli merupakan laluan utama lebuh raya Timur-Barat dan adalah amat wajar dibina satu tempat persinggahan di samping memberi peluang berniaga kepada masyarakat tempatan.

 R & R siap dibina pada 29 Ogos 2001 dengan kos sebanyak RM 1.375 juta.Tempat yang dahulunya hutan kini semakin bertukar wajah.Pelbagai kemudahan awam dibina untuk keselesaan pengguna jalan raya dan masyarakat tempatan khususnya antaranya seperti tandas awam, musalla, astaka, telefon awam, kedai runcit, tempat makan, rumah tumpangan, dan sebagainya.Astaka siap dibina menjelang tahun 2007 sebagai contohnya, ia dijadikan  sebagai tempat  istirehat, persembahan seni-seni budaya, dan juga dijadikan sebagai pentas sesuatu majlis atau aturcara.

R & R terus berkembang dengan penubuhan Pusat Urusan Sehenti dan Perkhidmatan Agro Tani ( PUSPA Tani) yang dirasmikan oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Jeli pada 8 Jun 2008 lalu.Amat membanggakan PUSPA Tani merupakan pusat urusan yang pertama diwujudkan di Malaysia bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada golongan petani-petani di Parlimen Jeli khususnya.

Di Samping itu juga, Pusat Pembangunan Sosio-Ekonomi juga diditubuhkan dengan antara objektifnya sebagai membantu masyarakat di Parlimen Jeli serta untuk meningkatkan sosio-ekonomi mereka sekali gus membantu mengurangkan dan seterusnya menghapuskan terus kadar kemiskinan di Parlimen Jeli.

Demikialah R & R yang sentiasa bertranformasi yang dahulunya hanya hutan belukar kini semakin berkembang dan bertukar wajah di bawah kepimpinan YB.Dato’ Mustapa Mohamed.
trans rnr2.jpg

Perubahan Dari Hutan Menjadi Satu Tempat Yang Membangun

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement