Carian  
14 Oktober 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Program YB.Dato' Mustapa Mohamed Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 22 Jun 2008

Untitled-1 copy.jpg

Antara Koleksi Lawatan YB.Dato' Di Parlimen Jeli Semalam

PARLIMEN JELI 22 JUN 2008 – Sedar tak sedar hampir 17 program telah dihadir oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed sempena beliau pulang ke Jeli pada minggu ini, semalam.
 
Program utama semalam merupakan perbincangan bersama tenaga pengajar kelas tuisyen di Darul Falah yang membincangkan pelbagai aspek di samping meramaikan lagi jumlah pelajar tuisyen di Darul Falah.Program lawatan diteruskan dengan lawatan ke Taman PUSPA Tani di R & R Gemang serta bergerak pula bagi pemantauan projek masjid di Jeli Seberang yang menelan belanja RM 850 ribu.
 
Tidak ketinggalan YB.Dato’ sempat singgah dan beramah mesra bersama masyarakat di Kedai Kopi Tok Bilal Ismail di Kuala Balah.Beberapa lagi program ramah-mesra Yb.Dato’ Mustapa antaranya di rumah Deraman Awang , ramah – mesra bersama pelajar-pelajar dari Politeknik Kota Bharu yang menjalankan Program Anak Angkat di Bukit Jering dan ramah – mesra di rumah Hj. Mat Jais juga di Kg. Bukit Jering.
 
Sudah menjadi rutin bagi YB.Dato’ Mustapa menziarah dan menjengguk warga tua di  Parlimen Jeli yang sakit dan uzur bila sahaja beliau pulang ke Jeli.Sebanyak 8 buah rumah telah di lawati oleh YB.Dato antaranya rumah Tok Penggawa Hassan, rumah Ismail Che Awang, rumah Mat Zain Jusoh, rumah  Mohd Nor, rumah Ab.Rahman Awang, rumah kak Ramlah. Rumah Emak YB.Aziz derasyid dan juga rumah Abang Lah PPM masing-masing di Kuala Balah.Sehubungan dengan itu juga, YB.Dato’ juga sempat ke majlis kenduri perkahwinan di rumah Syed Daud Syed Othman yang juga di Kuala Balah.
 
Demikianlah antara Program-program yang dihadiri oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed yang sentiasa cakna terhadap masyarakat Jeli dan sentiasa turun ke Jeli untuk melawat dan meneliti permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Parlimen Jeli khususnya.Tugas sebagai Ahli Parlimen Jeli tidak di abaikan oleh beliau malah menjalankan tugas beliau dengan baik sekali. 

Untitled-2 copy.jpg

Antara Ziarah Dan Bergambar YB.Dato' Bersama Pelajar Politeknik Kota Bharu Di Kg.Bukit Jering

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement