
Ustaz Hasan Berceramah Sambil Menyoal Para Pelajar
JENUB 19 JUN 2008 - “ Ilmu yang di tuntut, hendaklah kita hiasi dengan akhlak yang mulia” demikianlah bunyinya kata-kata Ustaz Hasan Che Awang kepada 45 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli dekat sini hari ini.
Sesi ceramah hari ini menfokuskan pembentukkan akhlak generasi muda terutama para pelajar sekolah.Bertepatan dengan program insane kamil hari ini, ceramah disampaikan berbentuk peringatan, pengajaran, contoh-contoh terpuji Rasulullah, motivasi dan sebagainya bagi melahirkan generasi yang berakhlak.
“kita perlu menilai sejauhmana diri kita….alat untuk untuk menilai tingkah-laku kita ialah akal dan syariat”kata Ustaz Hasan
“hanya manusia yang mampu berfikir….makhluk lain tidak mampu berfikir”
Program yang bermula kira-kira jam 2.00 petang tadi akan berakhir kira-kira jam 10.00 malam nanti yang mana akan dimuatkan dengan aktiviti seperti solat berjemaah, soal-jawab agama, dan pelbagai lagi aktiviti ilmu di Pusat Dakwah Parlimen Jeli ini.

Ceramah dari Ustaz Membuat Para Pelajar Gembira Mengikuti Kursus