Carian  
14 Oktober 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Tiga Simpang Utama Di Naik Taraf Siap Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 20 Jun 2008

simpang.jpg

Adnan menunjukkan salah satu simpang tiga yang telah siap dinaktaraf

PARLIMEN JELI 20 JUN 2008 – Tiga simpang utama di Jajahan Jeli kini telah siap dinaiktaraf demi keselesaan serta kemudahan pengguna seterusnya penduduk Jeli.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Jeli, Adnan Abd.Ghani ketika ditemui Sinar Harian di lokasi berkata, sebanyakRM600,000 diperuntukkan bagi menaiktaraf tiga simpang itu.

“Simpang yang terbabit dalam projek naik taraf itu ialah simpang tiga ke bandar Jeli berdekatan Shell, Kem 302 Rejimen Sempadan serta ke Kampung Gunung Reng.

“Setiap simpang diperuntukkan RM200,000 seperti pemasangan lampu serta pelebaran jalan supaya ianya lebih luas melalui RMK-9,”jelasnya.

“Kini, ketiga-tiga projek berkenaan telah siap sepenuhnya dan keselamatan pengguna-pengguna terutama pengguna lebuh raya Timur Barat selamat dan selesa jika dibandingkan sebelum ini.

Bagi seorang pengguna Mohd Asri Muhamad, 35, ketika ditemui berkata, pelebaran ketiga-tiga simpang utama di Jajahan Jeli ini menunjukkan Jeli tidak ketingalan dalam pembangunan.

“Jeli ialah pintu masuk utama dari Utara dan kemudahan yang dinaiktaraf ini memberikan manfaat kepada pengguna sebagai contohnya, simpang tiga ke Kampung Gunung

“Pelebaran simpang itu mampu mengelakkan dari sebarang kecelakaan kerana keadaan jalan yang berselekoh serta bersimpang mampu mengundang kecelakaan kepada pengguna-pengguna.

Tambahnya, Jeli kini mula membangun jika dibandingkan 10 tahun sebelum ini, dari jajahan terpencil sehinggalah pelbagai kemudahan seperti Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) dan Kampus Cawangan Universiti Malaysia Kelantan(UMK) yang bakal dibina.

“Kesemua ini adalah kemudahan yang disediakan ke arah Jeli yang Gemilang,”jelasnya.

(SUMBER : SINAR HARIAN)

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement