Carian  
14 Oktober 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Salak Madu Beri Pulangan Lumayan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 19 Jun 2008

salakmadu.jpg

Suhami membersihkan pohon salaknya sambil memeriksa kualiti buah

AIR CHANAL 19 JUN 2008 - “Melihat perkembangan jualan salak madu cukup menyakinkan, saya cuba mendapatkan benih salah dari Sabah dan beberapa tempat dalam usaha untuk mencuba tanaman ini” kata Suhaimi Che Awang, 54,sewaktu ditemui di kebun salak milik beliau dekat sini baru-baru ini.

Pada mulanya beliau mencuba tanaman pisang di tanah milik beliau seluas 5 ekar untuk dimajukan tetapi memandangkan pisang harganya agak murah, beliau mahu mencuba tanaman salak yang mendapat sambutan yang agak baik dari masyarakat tempatan.

Tanaman salak beliau kini menampakkan hasil yang agak lumayan berbekalkan modal yang hanya RM 300 kira-kira pada sembilan tahun yang lepas.Boleh dikatakan kebanyakkan peniaga-peniaga buah di Parlimen Jeli mendapat bekalan buah salak dari kebun beliau

“Pada hari ini, hasil jualan salak saya sudah mampu memilki sebuah kereta yang digunakan untuk menghantar hasil kepada peniaga-peniaga kerana sebelum ini ketiadaan kereta cukup membataskan saya untuk menjual hasil tetapi berkat usaha gigih, kereta yang ada sekarang cukup membantu saya”

“Pasaran salak madu saya dijual disekitar Bukit Bunga dengan harga RM 3.00 sekilogram dan ianya cukup menambat hati pelanggan kerana rasanya yang tidak kelat jika dibandingkan dengan buah salak lain” tambah beliau.

Dengan harga tersebut, beliau kini mampu meraih pendapatan kira-kira RM 3000 sebulan.Beliau yang di bantu oleh isteri dan anak-anak sentiasa berusaha gigih bagi memastikan kualiti salak mereka dapat memuaskan kehendak pelanggan

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement