Carian  
14 Oktober 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Perpustakaan Desa - Tingkatkan Budaya Membaca Masyarakat Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 18 Jun 2008

untitled.JPG

Pembantu Perpustakaan, Normaznita Mat Ghani menunjukkan sebahagian kemudahan yang disediakan.

 

BATU MELINTANG 18 JUN 2008 – “…harapan saya semoga penduduk-penduduk di kawasan sekitar dapat menggunakan kemudahan yang di sediakan oleh pihak kerajaan in sebaik mungkin dan tingkatkan budaya membaca dikalangan masyarakat” demikianlah kata-kata Penolong Pegawai Perpustakaan, Norainal Al-Mardiyah sewaktu ditemui dekat sini baru-baru ini.

 Pustaka Awam yang di buka berhampiran Balai Polis Batu Melintang ini menyediakan pelbagai kemudahan terutama untuk golongan pelajar mengulangkaji pelajaran dan khidmat pinjaman buku.

Sehubungan dengan itu juga, perpustakaan ini juga dilengkapi dengan hampir 2000 buah bahan bacaan di samping terdapat juga bekalan akhbar harian antaranya dari Sinar Harian, Kosmo, Utusan Malaysia dan Berita Harian. Akhbar TUTOR juga dibekalkan untuk para pelajar khususnya pelajar-pelajar yang akan menduduki UPSR dan SPM.

“Di sini,keadaan persekitaran cukup selesa dan ibu bapa sebaiknya menghantar anak-anak kesini untuk mengulangkaji pelajaran kerana ianya dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada setiap hari Sabtu hingga Rabu” tambah Noraini.

 


 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement