Carian  
06 September 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Cendawan Goreng - Resipi Unik Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 17 Jun 2008

cendawan.JPG

Adik Nurul Hafiza Semasa Menyediakan Cendawan Goreng

BATU GAJAH 17 JUN 2008 – “Samada pernah mencuba ataupun tidak, resipi cendawan goreng amat menarik dan unik, juga enak dimakan” kata adik Nurul Hafiza, 19, ketika ditemui dekat Pusat Pengumpulan Produk Industri Asas Tani (IAT) milik ibu beliau, dekat sini.

 Beliau yang masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di peringkat Pra-Universiti berkata, minat berniaga telah lama wujud dalam diri beliau.Menurut beliau lagi, arwah neneknya juga merupakan seorang peniaga.

“..cendawan goreng ni lagi sedap dimakan dengan sos pencicah” tambah beliau.

 Semasa ditanya berkenaan sambutan terhadap cendawan goreng, beliau menambah bahawa sambutan amat menggalakkan.Cendawan habis dijual hampir beberapa jam sahaja selepas digoreng walaupun digoreng dengan kuantiti yang banyak.

“…walaupun kelihatan biasa sahaja tetapi pulangannya amat menguntungkan di samping mengambil kira kepuasan pelanggan”

“…dalam berniaga, kepetahan bercakap juga amat penting, komunikasi yang baik sekaligus melariskan jualan”kata Nurul.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement