Carian  
14 Oktober 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Ayer Lanas Bakery Mampu Bertahan Sehingga Kini Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 16 Jun 2008

hasnahroti.jpg

Hasnah Menyusun Roti Untuk Di Pasarkan

AYER LANAS 16 JUN 2008 - “..memasuki era 90-an, pengunaan alatan moden mula kami gunakan apabila pihak KESEDAR memberi bantuan peralatan seperti mesin pengadun dan seterusnya kami membeli sebuah ketuhar bagi memudah dan mempercepatkan penghasilan roti”demikialah kata-kata Hasnah Mamat, 58 tahun, pemilik kilang roti Ayer Lanas Bakery yang ditemui dekat sini baru-baru ini.

Sewaktu ditemui, Hasnah berkata beliau memulakan perniagaan ini sejak tahun 1970-an lagi dan sekaligus merupakan pengusaha yang terawal mengusahakan perniagaan roti di Parlimen Jeli.Hasil kesungguhan dan minat beliau membuatkan perniagaan beliau masih mampu bertahan hingga ke hari ini.

Sehubungan dengan itu juga, semasa ditemui beliau turut berkata, pada peringkat awal, beliau membuat secara kecil-kecilan yang dimulakan oleh suaminya Ab. Aziz zakaria, 67 tahun, setelah melangsungkan perkahwinan bersama beliau.

Di samping itu juga, beliau dan suami hanya menggunakan kaedah tradisional yang dibantu oleh tiga orang pembantu tetapi menjelang era 90-an penggunaan alatan moden mula digunakan setelah mendapat bantuan daripada pihak KESEDAR.

“..berkat perniagaan roti ini, saya dapat meningkatkan pendapatan keluarga di samping memberi pendidikan yang sempurna buat anak-anak saya” tambahnya. Berkat rezeki yang halal, kesemua anak-anak beliau mampu menjejakkan kaki ke peringkat menara gading.


Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement