
Antara Himpunan Gambar Lawatan YB.Dato' Pada 14 Jun 2008
PARLIMEN JELI 14 JUN 2008 – Kesibukkan sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, namun rasa sayang dan cakna terhadap masyarakat Jeli tidak pernah luntur dari diri YB.Dato’ Mustapa Mohamed.
Pada minggu ini, lima program yang telah dihadiri oleh YB.Dato’ sepanjang berada di Jeli hari ini.Program pertama dihadiri oleh YB.Dato’ ialah merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Parlimen Jeli Tahun 2008.Seterusnya, selepas solat Zohor beliau ke Majlis Kesyukuran di rumah Hassan Yaakub di Kg. Kalai.
Program diteruskan dengan perjumpaan dengan Biro Politik Cawangan Parlimen Jeli di Pusat Dakwah, Jenub.Seramai 350 orang kepimpinan peringkat cawangan di Parlimen Jeli menyertai pertemuan tersebut.YB.Dato’ Mustapa Mohamed meluangkan hampir 2 jam di program tersebut.
Seterusnya, YB.Dato’ meneruskan program ziarah ke rumah Cikgu Hin di Gemang dan mengakhiri sesi di Jeli dengan ziarah orang sakit di rumah Abang Soh di Kg.Wakaf Zin.Begini lah rutin YB.Dato’ Mustapa Mohamed di setiap hari minggu beliau sekiranya tiada perkara penting yang patut dihadiri beliau samada dalam negara mahupun luar negara.
Tugas sebagai Ahli Parlimen tidak pernah beliau abaikan.Walaupun jasad berada di Kuala Lumpur namun hati beliau sentiasa berada di Jeli yang sentiasa ingin bersama dengan masyarakat Jeli. Kepimpinan beliau amat membanggakan seluruh warga Jeli. Rasa hormat dan kagum penulis dan masyarakat Jeli terhadap kepimpinan YB.Dato’ Mustapa Mohamed tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Tahniah dan syabas atas daya kepimpinan buat YB.Dato’ Mustapa di tanah Jeli yang bertuah ini.

Juga Himpunan Gambar Lawatan