![DSC01918[1].JPG](/Portals/0/buletin/DSC01918[1].JPG)
YB.Dato' Mustapa Menyampaikan Sedikit Sumbangan Kepada Peserta
BUKIT NANGKA 14 JUN 2008 – Seramai 329 orang telah berjaya khatam Al-Quran, yang mana majlis perasmiannya disempurnakan oleh Ahli Parlimen Jeli, YB.Dato’ Mustapa Mohamed yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dekat sini hari ini.
Majlis anjuran bersama antara Jabatan Persekutuan Negeri Kelantan dan UMNO Bahagian Jeli ini mendapat sambutan kira-kira 1200 orang yang telah membanjiri perkarangan dan Dewan UMNO Bahagian Jeli termasuk individu-individu yang khatam Al-Quran yang mana majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan tazkirah.
“……sampaikan ilmu sebaik mungkin” demikanlah antara petikan kata-kata YB.Dato’ Mustapa semasa merasmikan majlis tersebut.
Sehubungan dengan itu, dalam ucapan YB.Dato’ Mustapa menyeru agar masyarakat kita mempelajari Al-Quran dan tidak hanya setakat mempelajari malah mengajar pada generasi baru agar dapat melahirkan generasi yang berakhlak dan beragama.
Kata-kata YB.Dato’ Mustapa amat menepati dengan satu sabda nabi yang bermaksud “….sebaik-baik kamu orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”
![DSC01891[1].JPG](/Portals/0/buletin/DSC01891[1].JPG)
Antara Peserta Khatam Al-Quran