
Dr.Azmi Setapa Sewaktu Ucapan Perasmian
LANGKAWI 13 JUN 2008 – Kira-kira 125 orang Ahi Pergerakan PUTERI UMNO Bahagian Jeli telah mengikuti Program Muzakarah Penghayatan Islam anjuran Kelab Sukan Komuniti Parlimen Jeli kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM) dekat sini bermula semalam.
Program tiga hari dua malam ini memuatkan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada Puteri Umno Bahagian Jeli antaranya ceramah motivasi dan bengkel pengukuhan diri dan penerangan isu-isu semasa yang patut di ketahui oleh mereka khususnya.
Majis dirasmikan oleh Dr.Azmi Setapa,Setiausaha Politik Kepada YB.Dato’ Mustapa Mohamed yang turut hadir memberikan kata-kata hikmah untuk para peserta.
“…Puteri dan Pemuda merupakan asset penting dalam kejayaan sesuatu parti….para peserta harus sentiasa peka dalam isu-isu semasa…”
“..peserta harus diberi pengetahuan dan pendedahan agar dapat melaksanakan tugas-tugas mereka baik dan memastikan isu dari peringkat akar-umbi dapat diperjelaskan dengan baik,tambah beliau.
Sehubungan dengan itu, dalam ucapannya, beliau juga berkata bahawa masyarakat Jeli adalah masyarakat yang bertuah dibawah pimpinan YB.Dato’ Mustapa kerana kesungguhan YB.Dato’ Mustapa dalam membawa perubahan kepada Parlimen Jeli khususnya.
“..telah banyak perubahan dilakukan oleh YB.Dato’ di Jeli…YB.Dato’ akan memastikan mana-mana sahaja kementerian yang dipegang oleh beliau akan meninggalkan kesan yang positif kepada Parlimen Jeli” tambahnya semasa berucap dimajlis perasmian terbabit.

Antara Para Peserta Yang Mengikuti Kursus