Carian  
14 Oktober 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Ikan Pekasam Kak Sah Juga Dapat Sambutan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 12 Jun 2008

IMG_0349[1].JPG

Habsah menunjukan produk ikan pekasam yang di hasilkanya

RENYUK 12 JUN 2008 –  “..ikan pekasam mendapat permintaan yang menggalakkan dari masyarakat setempat…kadang-kadang kehabisan bekalan ikan” demikianlah kata-kata Che Habsah Che Su, 45 tahun, atau dikenali dengan panggilan Kak Sah, sewaktu ditemui di kediaman beliau dekat sini baru-baru ini.

“Permintaan tinggi dipasaran menyebabkan penghasilannya tidak dapat menampung permintaan”tambahnya.

Sehubungan dengan itu, katanya, industri ini dapat dikembangkan dengan lebih jauh,sebagai contohnya, Kak Lah Ikan Pekasam,beliau mampu menambat hati penduduk kawasannya serta berjaya memasarkan hasil ikan pekasamnya ke luar Kelantan.

Di samping itu juga,untuk memajukan usaha ini,beliau mengutamakan kebersihan dan komen serta aduan dari pelangan yang mencuba ikan pekasam beliau.

“Kebersihan amat dititik berat supaya mutu dan kualiti produk yang dijual mampu memikat hati pelanggan….Keutamaan pelanggan adalah perkara yang paling saya tekankan dalam menambat hati mereka” katanya

Semasa ditemubual juga,beliau amat berharap agar perusahaan ikan pekasam beliau ini dapat dikembangan dengan lebih besar lagi kerana ia mampu dikomersilkan kerana ia mampu bertahan dengan lama sekiranya di pek dengan betul dan menarik.


 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement