Carian  
14 Oktober 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Imamis Realisasikan Hasrat Kerajaan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 11 Jun 2008

IMG_0230.JPG

Mahaita(Kedua kanan) bersama pekerjanya

LATA JANGGUT 11 JUN 2008 – “…kita mahu keluarkan masyarakat luar Bandar dari belenggu kemiskinan supaya setaraf dengan masyarakat Bandar..” demikianlah kata-kata Pengurus Imamis Food Enterprise, Mahaita Zain yang ditemui dekat sini baru-baru ini.
 
Idea membuka kilang roti ini adalah datang daripada adiknya Bakharuddin Zain 27 tahun yang telah banyak membantu beliau dalam industri pembuatan roti ini. Hasil temubual dengan pengurus syarikat tersebut, persiapan membuka kilang roti ini dibuat dengan rapi dan menggunakan pelan jangka panjang.

“Kita mahu mengembang industri ini disamping membantu masyarakat luar bandar dari belenggu kemiskinan, itulah hasrat kita”

 Sehubungan dengan itu, dengan adanya industri seperti ini, ia secara langsung merealisasikan hasrat kerajaan yang ingin membangunkan masyarakat luar bandar melalui Pelan Ekonomi Wilayah Timur (ECER).

 Setakat hari ini, kilang roti beliau mampu memenuhi permintaan di Parlimen Jeli antaranya Kuala Balah, Jeli dan Bukit Bunga.Sambutan dan permintaan yang menggalakkan dari masyarakat Jeli khususnya, mampu memperteguhkan lagi perusahaan ini dan beliau juga berhasrat untuk memperluaskan lagi industri ini.

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement