
Ustaz Norlizan Bersama Pengurus Pusat Dakwah Hj.Ismail di Program Tersebut
JENUB 10 JUN 2008 – Sudah menjadi satu aktiviti wajib bagi Pusat Dakwah Parlimen Jeli mengadakan “Program Sehati Wanita Jeli” untuk di manfaatkan oleh seluruh warga wanita di Parlimen Jeli dekat sini.
Rakyat Jeli sememangnya masyarakat yang bertuah dibawah kepimpinan YB.Dato’ Mustapa yang terlalu cakna terhadap masyarakat Jeli khususnya.Pelbagai program di buat dan di atur untuk masyarakat Jeli Khususnya.
Di samping itu juga, program tersebut mengumpulkan rakyat Jeli dari berlainan kampung di Parlimen Jeli sekaligus, hubungan silatulrahim yang erat dikalangan anggota masyarakat.Permuafakatan yang kukuh bakal melahirkan satu masyarakat yang kukuh dan bekerjasama dalam pelbagai aspek kehidupan. Masyarakat yang seumpama ini lah yang amat diharapkan oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed.
Program hari ini dipimpin oleh Ustaz Norlizan Ab.Rahman yang memuatkan perkara-perkara yang murni untuk disampaikan dan diperbincangkan.Program tersebut dimulakan dengan ceramah yang menyentuh pelbagai aspek antaranya ibadat, akidah, tajwid dan sebagainya.

Antara Yang Menghadiri Program Terbabit