
Antara Foto-Foto Lawatan YB.Dato' Mustapa Mohamed di Jeli
PARLIMEN JELI 09 JUN 2008 – Dalam menjalankan tugas sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang sentiasa sibuk dengan tugas sebagai menteri namun YB.Dato’ Mustapa masih mampu menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen dengan baik sekali.
Kesibukkan tugas di kementerian bukan satu alasan bagi beliau untuk tidak menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen Jeli.Beliau sentiasa pulang ke Jeli dan menziarah masyarakat Jeli pada setiap hujung minggu.Sempena beliau pulang ke Jeli semalam, sebanyak 10 program telah dihadiri oleh antaranya ziarah masyarakat dan merasmikan program-program yang dirancangkan di Jeli.
Antara program-program lawatan yang dihadiri oleh beliau semalam ialah program menziarahi orang sakit, ziarah kematian,menghadiri majlis kenduri kahwin, program kementerian dan ramah mesra bersama rakyat.
Antara program-program yang dihadiri oleh YB.Dato’ Mustapa ialah dengan ziarah orang sakit di rumah cikgu Man di JPN Batu 11 dan rumah Mohd Nor Yusof di Kg. Air Ralik serta di rumah Hj.Omar di Kg. Kelisar.Seterusnya di ikuti dengan majlis kenduri kahwin di rumah Ustaz Mat,Hjh Hasnah dan rumah Mat Nudin masing-masing di Kg.Kelisar, Gual Jedok dan Kg.Legeh,ziarah orang sakit di rumah Hj.Omar Kg.Kelisar.
Di samping itu juga, YB.Dato’ Mustapa juga sempat memantau pergerakkan projek baik-pulih musalla Bukit Bunga,ziarah kematian di rumah Wahab sireh di Kg.Belimbing,ramah mesra dirumah cikgu Napi dan seterusnya menghadiri program Pelancaran Pusat Urusan Sehenti Perkhidmatan dan Agro Tani Jeli (PUSPA Tani).
Pemimpin yang cakna masyarakat seumpama inilah yang dimahukan oleh masyarakat Jeli khususnya. Keperibadiaan YB.Dato’ Mustapa menjadi contoh yang baik kepada seluruh masyarakat Jeli dan rakyat Jeli seharusnya berasa bangga kerana mempunyai Ahli Parlimen yang berjiwa rakyat ini.