Carian  
06 September 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Hari Bersama Pakar Pertanian UPM Dapat Sambutan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 09 Jun 2008

P6070001.JPG

Pakar-Pakar Dari UPM Semasa Forum Pertanian Diadakan

GEMANG 09 JUN 2008 – Seramai lebih kurang 700 orang masyarakat Jeli telah menyertai Hari Bersama Pakar Pertanian anjuran Universiti Putra Malaysia, sempena Majlis Pelancaran Pusat Urusan Sehenti Perkhidmatan dan Agro Tani Jeli yang pertama di Malaysia diwujudkan yang di rasmikan oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia merangkap Ahli Parlimen Jeli dekat sini semalam.
 Melalui program tersebut, peserta berpeluang bertemu dan bertanya soalan secara terus kepada pakar-pakar pertanian dari UPM yang di antaranya di sertai oleh Fakulti Pertanian, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Perubatan Veterinar dan juga Fakulti Kejuruteraan.

 Sehubungan dengan itu juga, program tersebut bertujuan untuk membolehkan UPM menyumbang kepakaran terus di lapangan, membantu serta membantu agensi pertanian membangunkan bidang pertanian setempat malalui diagnosis masalah dalam pertanian secara bersama.

 Di samping itu juga, dengan adanya program sebegini, ia memberi peluang dan membolehkan pihak UPM memperkenalkan penemuan-penemuan baru dalam pertanian seterusnya teknologi-teknologi baru yang dapat di manfaatkan dalam bidang pertanian.

“Jeli merupakan salah satu dari empat bahagian yang terlibat dalam Projek Khas Pertanian Negara” tambah beliau.

YB.Dato’ Mustapa dalam ucapan pelancaran semalam juga berkata, masyarakat Jeli harus mengambil peluang keemasan ini kerana inilah peluang untuk bertanya dan menimba ilmu dalam bidang pertanian.Masyarakat seharusnya menyambut baik saranan kerajaan yang menyatakan bahawa bidang pertanian adalah merupakan satu perniagaan.

  P6070002.JPG
Antara Yang Hadir

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement