
YB.Dato' Mustapa Semasa Di Taman PUSPA Tani Bersama Peserta Tanaman Melon Wangi
GEMANG 08 JUN 2008 – Tarikh keramat hari ini mempertontonkan Pelancaran Pusat Urusan Sehenti Perkhidmatan dan Agro Tani Jeli (PUSPA Tani Jeli) yang mana mempunyai ruang pejabat urusan dan taman unik berlatarbelakangkan Peta Parlimen Jeli yang diilhamkan oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed sendiri dekat sini hari ini.
Taman PUSPA Tani ini dihiasi dengan model-model tanaman yang ada di ketiga-tiga DUN di Parlimen Jeli iaitu DUN Bukit Bunga, DUN Air Lanas dan DUN Kuala Balah. Secara rambangnya,antara tanaman-tanaman yang ada di DUN Bukit Bunga ialah seperti padi,jagung,lada, pokok hiasan dan buah naga (Dragon Fruit).Manakala pada bahagian DUN Air Lanas pula terdapatnya tanaman seperti tanaman buah salak, dokong, limau, durian dan Tanaman Melon Wangi. DUN Kuala Balah pula dihiasi dengan tanaman seperti pisang, tembikai, model ternakan ayam berhawa dingin, ternakan ikan dan sayur-sayuran
“…PUSPA Tani Jeli merupakan pusat sehenti yang pertama ditubuhkan di Malaysia” kata YB. Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia semasa berucap di majlis pelancaran terbabit.
YB.Dato’ Mustapa, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,merangkap Ahli Parlimen Jeli pada sidang media juga berkata, Taman PUSPA Tani ini juga boleh dijadikan sebagai daya tarikan pelancong memandangkan ia dibentuk berlatarbelakangkan Peta Parlimen Jeli.Di samping itu juga, taman ini juga bukan sahaja boleh dijadikan sebagai tempat untuk lawatan pelajar-pelajar dari kelab-kelab pertanian sekolah di Parlimen Jeli bahkan ia juga boleh dimanfaat oleh pelajar dari luar Jeli dan Kelantan amnya.

Gambaran Taman PUSPA Tani