Carian  
14 Oktober 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Samsul Sahut Seruan Kerajaan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 06 Jun 2008

IMG_1621.JPG

Samsul Menunjukkan Tanaman Serainya

LUBOK BONGOR 06 JUN 2008 – Che Samsul Che Mahmud,34 tahun atau lebih disenangi dengan panggilan samsul,, merupakan rakyat Jeli yang baru hendak berjinak-jinak dengan pertanian, sewaktu di temui di kediaman beliau dekat sini baru-baru ini.
 
Beliau yang merupakan seorang makanik kapal terbang pada 12 tahun yang lalu kini pulang ke kampung untuk menjaga kedua-dua orang tua nya mula mendapat ilham baru dengan mengusahakan tanaman serai secara komersil sekaligus beliau mahu menyahut seruan kerajaan yang menyatakan bahawa pertanian adalah perniagaan.
 
Projek tanaman serai yang diusahakan di tanah seluas 1 ekar ini merupakan projek peringkat percubaan dengan usahasama dengan Syarikat Ventures Sdn. Bhd yang beroperasi di Kemaman, Terengganu.

Melalui projek usahasama tersebut, samsul akan menjual hasil serai tersebut dengan kadar RM0.70 sen sekilogram kepada syarikat terbabit.Setakat ini, dengan keluasan yang ada, beliau mampu memuatkan 3600 perdu serai seberat 20 tan setiap 6 bulan sekali tuaian.

“…rebut lah peluang keemasan ini, saya yakin dan percaya, pertanian adalah merupakan satu perniagaan..” katanya sewaktu ditemui.

“..golongan muda harus menceburi bidang pertanian sekiranya tidak mempunyai pekerjaan daripada melakukan perkara-perkara yang sia-sia yang tidak membuahkan apa-apa hasil atau faedah..”tambahnya.

Sehubungan dengan itu juga, selain pertanian, penternakan juga memberi pulangan yang lumayan dan beliau juga menyeru agar semua pihak menyambut baik hasrat kerajaan tersebut kerana di Jeli masih banyak tanah yang berpotensi untuk dimajukan bukan sahaja dalam bidang pertanian tetapi juga penternakan.

IMG_1611.JPG
Kanak-Kanak Yang Turut Membantu

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement