Carian  
14 Oktober 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Pusat Dakwah Parlimen Jeli Sentiasa Aktif Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 06 Jun 2008

P6050014.JPG

Tengah :Ustazah Norfaezah Bersama Peserta Bacaan Untuk Perbetulkan Tajwid

JENUB 06 JUN 2008 – Program demi program diatur oleh pengurusan Pusat Dakwah Parlimen Jeli bagi menghidupkan institusi ilmu terbabit yang menjadi harapan Ahli Parlimen Jeli, YB.Dato’ Mustapa Mohamed.
 
Sewaktu membuat liputan dekat sini hari ini, seramai 120 orang peserta wanita yang terdiri dari masyarakat seluruh Parlimen Jeli menghadiri Program Kuliah Jumaat yang berlangsung jam 8.00 pagi tadi sehingga tengahari sebentar tadi yang dipimpin oleh Ustazah Norfaezah dari Kota Bharu.
 
Antara tajuk perbincangan yang dikupas oleh Ustazah Norfaezah hari ini ialah berkaitan dengan pembinaan institusi kekeluargaan mengikut ajaran Islam.Di samping ceramah kekeluargaan juga, sesi bacaan Al-Quran dan dan memperbetulkan tajwid bacaan juga dijalankan.Tiga orang akan dipilih atau mengikut sukarela akan memperdengarkan bacaan dan kesilapan akan diperbetulkan oleh ustazah.
 
Oleh yang demikian, adalah amat wajar dan program-program seumpama ini diadakan memandangkan ia secara langsunga akan membentuk umat yang berilmu malah melahirkan institusi kekeluargaan yang harmoni serta beriman dan bertakwa melalui motivasi yang disampaikan
P6050013.JPG

Beri Perhatian Tentang Apa Yang Diperkatakan Oleh Ustazah Norfaezah

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement