
Pn.Sarina Sewaktu Ditemui di Pusat Pengunpulan Produk Beliau
GUAL JEDOK 04 JUN 2008 – Pn.Sarina Jaafar kini mampu tersenyum dengan perniagaan kuih beliau sekarang berbanding 14 tahun yang lepas yang hanya dibuat secara kecil-kecilan hanya sekadar “kais pagi makan pagi,kais petang makan petang” sewaktu ditemui dekat sini hari ini.
Kini beliau yang telah mampu mempunyai kilang menghasilkan makanan sejuk beku serta Pusat Pengumpulan Produk Industri Asas Tani hasil berkat kesabaran, kegigihan serta minat yang mendalam dalam bidang perniagaan.Antara produk sejuk beku yang diusahakan oleh Pn.Sarina adalah seperti sos pencicah,roti canai segera, kuih pau pelbagai rasa,karipap,sardin-roll, donat,akok,kuih lapis,pulut lepa,apam dan beberapa lagi produk lain.
“Antara faktor saya dapat meningkatkan perusahaan ini, saya di bantu dan di beri bimbingan serta khidmat nasihat oleh Jabatan Pertanian”
“..mereka banyak membantu, menghantar saya berkursus serta memberi tunjuk ajar ” tambahnya lagi sewaktu ditemubual oleh penulis
Dalam masa yang sama, sedikit masa lagi, beliau akan memasarkan produk kuih pau beliau ke seluruh pasaraya di Malaysia setelah urusan penghasilan pek bungkusan yang akan dikeluarkan oleh SIRIM (Standards and Industrial Research Institute of Malaysia) menjelang penghujung tahun ini.
Sehubungan dengan itu juga, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pertanian yang telah banyak membantu beliau sehingga ke tahap sekarang dan beliau yang bercadang untuk membuka sebuah lagi kilang berhampiran dengan pusat pengumpulannya bagi memudahkan perniagaan beliau.

Anak Sulung Pn.Sarina Mempamerkan Sos Pencicah Yang Dihasilkan