
YB.Dato' Semasa Meninjau Musalla Terbabit
BUKIT BUNGA 03 JUN 2008 – Musalla Bandar Baru Bukit Bunga kini bertukar wajah setelah di baik-pulih, dekat sini hari ini.
Projek baik-pulih musalla terbabit menelan kos sebanyak RM 75 ribu yang melibatkan baik-pulih bumbung, lantai, pendawaian elektrik serta tandas untuk kemudahan dan keselesaan masyarakat setempat serta para pelajar dari Kolej Komuniti untuk mengerjakan amal ibadat.
Sehubungan dengan itu juga, YB.Dato’ Mustapa Mohamed sendiri telah turun melawat ke projek baik-pulih tersebut bagi memantau serta memastikan kerja-kerja pengubahsuaian berjalan dengan lancar dan mengikut prosedur yang ditetapkan demi keselesaan masyarakat Jeli khususnya.
Di samping itu juga, musalla terbabit akan digunakan oleh para pelajar dari Kolej Komuniti untuk sembahyang berjemaah serta mengadakan aktiviti keagamaan sepanjang masa.Ini lah yang menjadi misi dan visi YB.Dato’ Mustapa dalam membangunkan Jeli dalam pelbagai aspek termasuk dari aspek keagamaann.
Rasa syukur dan bertuah masyarakat Jeli hari ini perlu diterjemahkan dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YB.Dato’ Mustapa atas keperibadiaan beliau yang terlalu cakna terhadap masyarakat khususnya masyarakat Jeli dibawah pimpinan beliau.
