
Taman PUSPA Tani Yang Bakal Dihiasi Dengan Landskap Pertanian
GEMANG 02 JUN 2008 – Sedikit masa lagi,wajah R & R Gemang akan diserikan lagi dengan pembukaan ruang pejabat baru yang akan menempatkan Pusat Urusan Sehenti Perkhidmatan dan Informasi Agro Tani (PUSPA Tani) yang akan dirasmikan menjelang 8 Jun 2008 nanti oleh YB.Dato’Mustapa Mohamed,Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia merangkap Ahli Parlimen Jeli.
Penubuhan pusat ini merupakan idea dari To' Pa selaku Ahli Parlimen Jeli yang terlalu mengambil-berat serta prihatin terhadap masyarakat Jeli khususnya.Ia akan diselaraskan oleh MoA Inc Kelantan yang mana semua agensi pertanian dibawah kementerian berpejabat setempat bagi memudahkan masyarakat terutama petani untuk mendapatkan maklumat, perkhidmatan dan bantuan.
Sehubungan dengan itu juga, pusat ini akan dilengkapi dengan kemudahan ICT dan segala maklumat releven dengan keperluan setempat.
Dengan tertubuhnya pusat sehenti ini, masyarakat Jeli harus berbangga dengan apa yang mereka kecapi hari ini.Adanya To’Pa sebagai peneraju perubahan Jeli bagai satu rahmat untuk rakyat Jeli khususnya.Ini semua dibuat oleh To’Pa semata-mata membangunkan Jeli dalam pelbagai aspek termasuklah dalam bidang pertanian itu sendiri