Carian  
14 Oktober 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Persatuan Belia Bandar Jeli Anjur Program Anak Angkat Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 01 Jun 2008

P6010035.JPG

Dari Kiri, Pegawai Khas En.Mat Abu Hamat

BANDAR JELI 01 JUN 2008 – Seramai 150 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah,pelajar IPTA serta IPTS seluruh Kelantan telah menyertai Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional bersama Program Anak Angkat dekat sini hari ini.
 Majlis anjuran Persatuan Belia Bandar Jeli hari ini telah disempurnakan oleh wakil kepada YB.Dato’ Mustapa Mohamed yang tidak dapat hadir kerana terpaksa ke luar negara atas urusan kerja iaitu En.Mat Abu Hamat selaku Pegawai Khas kepada YB.Dato’.
 Program yang akan berlangsung sehigga 3 Jun 2008 ini memuatkan pelbagai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang bermanfaat khususnya bagi golongan belia pada hari ini.Antara objektif program ini di adakan adalah untuk memupuk semangat kesukarelaan dan menjalinkan hubungan persahabatan antara organisasi dengan masyarakat.
 Sehubungan dengan itu ,ia juga merupakan satu wadah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli persatuan belia berkhidmat sebagai sukarelawan serta membina semangat kerjasama dan menanam nilai-nilai jati diri di kalangan mereka.
 Disamping itu juga, melalui program tersebut secara tidak langsung akan mewujudkan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat pengasih dan penyayang.Hal yang demikian, program-program seumpama ini adalah amat mendapat perhatian dan tumpuan dari YB.Dato’ Mustapa, ini kerana beliau sendiri merupakan penaung kepada Persatuan Belia Bandar Jeli dan sudah menjadi hasrat serta cita-cita beliau untuk melahirkan golongan belia yang berwawasan,berilmu dan berdaya saing selaras dengan hasrat dan wawasan Negara bagi melahirkan generasi insan kelas pertama.
P6010036.JPG

Ibu Bapa Dan Anak Angkat

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement